Salam Sejahtera ke atas kamu!
Hai semua!
Bila sebut sahaja Perodua, pasti semua dah sedia maklum akan syarikat Otomobil ini kan?
Selain dari menyediakan kenderaan mampu milik dengan rekabentuk yang
comel , servis kami juga diakui antara yang terbaik di Malaysia. Wow!
Sebagai pekerja Perodua, bunyinya seakan "Masuk bakul angkat sendiri"
namun sebagai pekerja juga harus kami akui semenjak dari awal
pembabitan, kami sentiasa diberi perhatian oleh HQ agar segala-gala
aspek tugas kami, mengikut Standard Of Procedure.
Saban minggu akan ada pihak HQ turun padang bagi memantau. Kerana itulah
kami di Perodua Pekan (Teras Sari Auto Sdn Bhd) sangat yakin! Servis
kami antara yang terbaik.
Semua pekerja Bahagian Jualan mahupun Servis, dihantar menjalani latihan terus di Ibu Pejabat Perodua di Rawang.
Bangunan Korporat, HQ Rawang |
Staf bahagian servis di pilih dari kalangan yang sangat mahir dalam
bidang teknikal kenderaan. Walaupun masih muda, mereka telah lama
didedahkan dengan kemahiran automotif sama ada melalui pengalaman
bekerja, juga sijil dan diploma.
Baru-baru ini, pasukan servis ini telah mengadakan free inspection activity
di Muadzam Shah sebagai langkah pertama, bagi mendekatkan diri dengan
penduduk-penduduk seluruh Zon Pekan. Walaupun hanya beberapa staf yang
menyertainya, namun pelanggan yang datang menzahirkan rasa puas hati
dengan menjemput pasukan ini ke sana lagi. Sudah pasti kami akan
memenuhinya.
Ketika mengadakan free inspection activity di Muadzam Shah |
Bengkel Servis di Premis kami |
Ruang menunggu yang selesa |
Staf bahagian jualan pula dipilih dari kalangan mereka yang peramah dan
amanah. Ketika sesi temuduga lagi pihak pengurusan menegaskan nilai yang
diinginkan ini dari seorang Penasihat Jualan.
Penasihat Jualan kami terdiri daripada 13 orang yang aktif melakukan promosi sekitar Zon Pekan.
Penasihat Jualan mengedarkan Risalah sebelum hari Pelancaran S-Series, 14 Mac 2013 |
Antara yang ingin kami promosikan adalah Perodua S-Series, iaitu siri Perodua yang telah di-upgrade,
namun telah diturunkan harganya! Hebat bukan? Justeru itu sekiranya ada
yang berminat untuk mengetahui tawaran terkini dari Perodua, jangan
segan-silu untuk menghubungi kami di
Perodua Pekan
09-4225100/6100/7100 atau email kepada kami di terasauto@yahoo.com
Talian ini adalah untuk kedua-dua bahagian, iaitu Jualan dan Servis
No comments:
Post a Comment