Saturday, January 4, 2014

Patuhi waktu temujanji servis kenderaan anda.


Seringkali pelanggan memandang ringan akan  masa bagi booking service  yang telah dibuat. Sebagai contoh, masa yang ditempah adalah pada pukul 8:30 pagi, namun mereka hadir ke pusat servis pada pukul 10:30 pagi.

Pagi ini (Sabtu), berlaku keadaan sedikit tegang di mana pelanggan telah datang lewat 2 jam dari waktunya, walaupun sebelumnya sudah dipesan agar datang awal. Pelanggan tersebut menjadi marah apabila kenderaannya tidak dapat terus dilayan dan diservis, kerana bengkel sudah penuh dengan kehadiran pelanggan lain yang juga membuat temujanji.

Harus diingat, masa cuti seperti Sabtu adalah hari yang sesak kerana hanya pada hari cuti begini lah pengguna Perodua mempunyai masa untuk maintenance  kenderaan masing-masing. Sama ada datang dengan temujanji atau walk-in.

Draft yang kami lakukan setiap hari bagi mencatat temujanji pelanggan. Jadual hari Sabtu hampir penuh ditambah dengan kehadiran pelanggan walk-in, anda sangat digalakkan menepati waktu temujanji masing-masing.
Mana mungkin kami di Pusat Servis Perodua Pekan membenarkan kenderaan anda masuk sehingga memotong ‘Q’ pelanggan lain. Perkara yang sama juga akan berlaku di pusat-pusat servis Perodua yang lain. 

Lewat 10 minit sahaja, anda sudah dikira sebagai pelanggan Walk –In. Ini untuk mengelakkan  ketidakadilan kepada orang lain. Jadi, pesan kami, sila datang servis mengikut masa tempahan anda, atau.. mungkin anda perlu menunggu lama!