Salam sejahtera ke atas kalian!
Ramai yang memandang remeh akan keperluan membawa buku servis ketika
datang servis di pusat-pusat servis Perodua. Malah ada yang tidak teringat di mana mereka meletakkan buku tersebut. Ish ish ish.
Tahukah anda telah berlaku beberapa konflik di antara staf Perodua Servis dan pelanggan,
hanya kerana pelanggan tidak membawa buku ini bersama?
Ya, buku ini nampak kecil, nampak remeh.
|
Buku Servis |Perodua Alza, Myvi & Viva |
Tapi untuk makluman semua,
bagi servis pertama, kedua, dan ketiga (bagi kereta berdaftar sebelum 15 Mac 2013)
sangat memerlukan buku ini dibawa bersama.
Di dalam buku tersebut terdapat kupon yang membolehkan anda mendapat diskaun bagi upah pekerja. Tiada kupon, tiada diskaun.
Konflik terjadi apabila pelanggan tidak membawa buku servis ini, tetapi bertegas tetap mahu mendapatkan diskaun tersebut. Mengikut polisi, kami tidak akan melayan permintaan sebegini,
namun sekiranya ada budi bicara, mungkin rezeki anda ;)
Pelanggan juga harus maklum bahawa :
Servis Pertama : 1000km - 2000km/ 1 bulan yang mana lebih dahulu (Kupon Pertama)
Servis Kedua : 5000km - 6000km/ 3 bulan yang mana lebih dahulu (Kupon Kedua)
Servis Ketiga : 10000km- 11000km/ 6 bulan yang mana lebih dahulu (Kupon Ketiga)
Sekiranya kilometer /bulan melebihi dari had dinyatakan, kupon tersebut menjadi tidak sah untuk digunakan. Maka upah pekerja perlu dibayar seperti biasa.
"Wah! Banyakla untung korang kan Perodua?Customer tertinggal buku,charge, terlebih kilometer, charge.Ingat kitorang saje2 ke nak datang lewat?"
Setiap yang percuma pasti ada syaratnya. Tidak hanya di Perodua ;)
Tidak lah method ini direka dengan saja-saja tanpa tujuan.
Berdisiplin mengikut jadual servis sebenarnya menjamin keselamatan kenderaan anda.
Kesan dari kelewatan servis mengikut jadual
Kereta yang dihasilkan di kilang akan dihimpunkan di stockyard dalam satu jangka masa sehingga ditempah oleh pelanggan dan seterusnya, proses penyerahan.
Minyak gear yang dibekalkan oleh kilang mampu bertahan sehingga 1000-2000 km sahaja.
Selepas jarak tersebut, minyak gear dalam keadaan cair, dan kesannya, 'gear susah masuk'.
Keadaan minyak hitam pula mungkin sudah berdebu/mengandungi kotoran.
Kotoran ini akan menyebabkan saluran enjin tidak lancar.
Justeru itu, amat penting untuk memastikan servis awal kenderaan anda adalah mengikut jadual.
-Cegah bahaya sebelum terlewat-