Seringkali pelanggan memandang ringan akan masa bagi booking
service yang telah dibuat. Sebagai
contoh, masa yang ditempah adalah pada pukul 8:30 pagi, namun mereka hadir ke
pusat servis pada pukul 10:30 pagi.
Pagi ini (Sabtu), berlaku
keadaan sedikit tegang di mana pelanggan telah datang lewat 2 jam dari waktunya,
walaupun sebelumnya sudah dipesan agar datang awal. Pelanggan tersebut menjadi
marah apabila kenderaannya tidak dapat terus dilayan dan diservis, kerana bengkel sudah penuh
dengan kehadiran pelanggan lain yang juga membuat temujanji.
Harus diingat, masa cuti seperti Sabtu adalah hari yang sesak
kerana hanya pada hari cuti begini lah pengguna Perodua mempunyai masa untuk maintenance kenderaan masing-masing. Sama ada datang dengan temujanji atau walk-in.
Mana mungkin kami di Pusat Servis Perodua Pekan membenarkan kenderaan
anda masuk sehingga memotong ‘Q’ pelanggan lain. Perkara yang sama juga akan
berlaku di pusat-pusat servis Perodua yang lain.
Lewat 10 minit sahaja, anda
sudah dikira sebagai pelanggan Walk –In. Ini
untuk mengelakkan ketidakadilan kepada
orang lain. Jadi, pesan kami, sila datang servis mengikut masa tempahan anda,
atau.. mungkin anda perlu menunggu lama!