Monday, December 2, 2013

Dokumen Pembelian Kenderaan Perodua

Berhasrat membeli kenderaan Perodua?
Ingin berkunjung ke Pusat Jualan Perodua tetapi tidak tahu dokumen apa yang perlu dibawa?Berikut adalah senarainya. Dokumen yang lengkap ini akan memudahkan Penasihat Jualan memberi kaunseling & cadangan kenderaan mana yang mampu dimiliki ,juga cadangan pinjaman yang anda akan perolehi.
Pekerja Awam
1.     Kad Pengenalan
2.     Lesen Memandu
3.     Slip gaji 3 bulan
4.     Buku Bank/Penyata Akaun

Pekerja Swasta
1.     Kad Pengenalan
2.     Lesen Memandu
3.     Slip Gaji 3 bulan/Daftar Perniagaan
4.     Buku bank/Penyata KWSP

Jawatan Kosong di Perodua Pekan,Pahang


Masih mencari-cari peluang bekerja di kampung halaman, Pekan Pahang?
Kami memerlukan beberapa orang kakitangan baru bagi sama-sama berusaha dalam meningkatkan prestasi syarikat.

Kekosongan adalah kerana jawatan ini baru diwujudkan, selain staf sebelum ini telah mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik. Kini tiba masa anda pula untuk bersama kami!

Maklumat lanjut adalah seperti berikut :
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor yang tertera.

Friday, May 10, 2013

Jawatan Kosong Pekan (Perodua Pekan)

Anda mempunyai pengetahuan tinggi dalam bidang teknikal kenderaan?
Ingin mendapatkan peluang pekerjaan di Pekan, Pahang?
Sertai kami, sesi temuduga terbuka diadakan setiap

 Isnin-Khamis,
9.00am - 12pm
2pm - 5pm

Sebarang maklumbalas juga boleh disalurkan melalui email : 
terasauto@yahoo.com.my

Saturday, April 13, 2013

Buku Servis Perodua

Salam sejahtera ke atas kalian!

Ramai yang memandang remeh akan keperluan membawa buku servis ketika 
datang servis di pusat-pusat servis Perodua. Malah ada yang tidak teringat di mana mereka meletakkan buku tersebut. Ish ish ish.

Tahukah anda telah berlaku beberapa konflik di antara staf Perodua Servis dan pelanggan,
 hanya kerana pelanggan tidak membawa buku ini bersama? 

Ya, buku ini nampak kecil, nampak remeh.

Buku Servis |Perodua Alza, Myvi & Viva

Tapi untuk makluman semua, 
bagi servis pertama, kedua, dan ketiga (bagi kereta berdaftar sebelum 15 Mac 2013
sangat memerlukan buku ini dibawa bersama. 
Di dalam buku tersebut terdapat kupon yang membolehkan anda mendapat diskaun bagi upah pekerja. Tiada kupon, tiada diskaun.

Konflik terjadi apabila pelanggan tidak membawa buku servis ini, tetapi bertegas tetap mahu mendapatkan diskaun tersebut. Mengikut polisi, kami tidak akan melayan permintaan sebegini, 
namun sekiranya ada budi bicara, mungkin rezeki anda ;)

Pelanggan juga harus maklum bahawa : 

Servis Pertama : 1000km - 2000km/ 1 bulan yang mana lebih dahulu (Kupon Pertama)
Servis Kedua : 5000km - 6000km/ 3 bulan yang mana lebih dahulu (Kupon Kedua)
Servis Ketiga : 10000km- 11000km/ 6 bulan yang mana lebih dahulu (Kupon Ketiga)

Sekiranya kilometer /bulan melebihi dari had dinyatakan, kupon tersebut menjadi tidak sah untuk digunakan. Maka upah pekerja perlu dibayar seperti biasa.

"Wah! Banyakla untung korang kan Perodua?Customer tertinggal buku,charge, terlebih kilometer, charge.Ingat kitorang saje2 ke nak datang lewat?"

Setiap yang percuma pasti ada syaratnya. Tidak hanya di Perodua ;) 
Tidak lah method ini direka dengan saja-saja tanpa tujuan.
Berdisiplin mengikut jadual servis sebenarnya menjamin keselamatan kenderaan anda.

Kesan dari kelewatan servis mengikut jadual 

Kereta yang dihasilkan di kilang akan dihimpunkan di stockyard dalam satu jangka masa sehingga ditempah oleh pelanggan dan seterusnya, proses penyerahan.
 Minyak gear yang dibekalkan oleh kilang mampu bertahan sehingga 1000-2000 km sahaja.
 Selepas jarak tersebut, minyak gear dalam keadaan cair, dan kesannya, 'gear susah masuk'.

Keadaan minyak hitam pula mungkin sudah berdebu/mengandungi kotoran.
Kotoran ini akan menyebabkan saluran enjin tidak lancar.

Justeru itu, amat penting untuk memastikan servis awal kenderaan anda adalah mengikut jadual.
-Cegah bahaya sebelum terlewat-

Friday, March 29, 2013

Perodua Pekan (Teras Sari Auto Sdn.Bhd)

Salam Sejahtera ke atas kamu!
Hai semua!
Bila sebut sahaja Perodua, pasti semua dah sedia maklum akan syarikat Otomobil ini kan?
Selain dari menyediakan kenderaan mampu milik dengan rekabentuk yang comel , servis kami juga diakui antara yang terbaik di Malaysia. Wow! 
Sebagai pekerja Perodua, bunyinya seakan "Masuk bakul angkat sendiri" namun sebagai pekerja juga harus kami akui semenjak dari awal pembabitan, kami sentiasa diberi perhatian oleh HQ agar segala-gala aspek tugas kami, mengikut Standard Of Procedure.
Saban minggu akan ada pihak HQ turun padang bagi memantau. Kerana itulah kami di Perodua Pekan (Teras Sari Auto Sdn Bhd) sangat yakin! Servis kami antara yang terbaik.
Semua pekerja Bahagian Jualan mahupun Servis, dihantar menjalani latihan terus di Ibu Pejabat Perodua di Rawang.
Bangunan Korporat, HQ Rawang
Staf bahagian servis di pilih dari kalangan yang sangat mahir dalam bidang teknikal kenderaan. Walaupun masih muda, mereka telah lama didedahkan dengan kemahiran automotif sama ada melalui pengalaman bekerja, juga sijil dan diploma. 
Baru-baru ini, pasukan servis ini telah mengadakan free inspection activity  di Muadzam Shah sebagai langkah pertama, bagi mendekatkan diri dengan penduduk-penduduk seluruh Zon Pekan. Walaupun hanya beberapa staf yang menyertainya, namun pelanggan yang datang menzahirkan rasa puas hati dengan menjemput pasukan ini ke sana lagi. Sudah pasti kami akan memenuhinya.
Ketika mengadakan free inspection activity  di Muadzam Shah
Bengkel Servis di Premis kami
Ruang menunggu yang selesa
Staf bahagian jualan pula dipilih dari kalangan mereka yang peramah dan amanah. Ketika sesi temuduga lagi pihak pengurusan menegaskan nilai yang diinginkan ini dari seorang Penasihat Jualan.
Penasihat Jualan kami terdiri daripada 13 orang yang aktif melakukan promosi sekitar Zon Pekan. 

Penasihat Jualan mengedarkan Risalah sebelum hari Pelancaran S-Series, 14 Mac 2013
Antara yang ingin kami promosikan adalah Perodua S-Series, iaitu siri Perodua yang telah di-upgrade, namun telah diturunkan harganya! Hebat bukan? Justeru itu sekiranya ada yang berminat untuk mengetahui tawaran terkini dari Perodua, jangan segan-silu untuk menghubungi kami di 
Perodua Pekan 
09-4225100/6100/7100      atau email kepada kami di       terasauto@yahoo.com

Talian ini adalah untuk kedua-dua bahagian, iaitu Jualan dan Servis